
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia
bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya
Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA
untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga
kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun
tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari
Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan
memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan
baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita
adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat
kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak
perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan
sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka
disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa
dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka
dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi
perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang
tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih
mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada
benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka
dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti
menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan
sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak
diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan
pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah
dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan
agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar
dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa
hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan
anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia
apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang
mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih
sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran
yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah
mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat
besar.
Sumber: I Love Islam Facebook/Web Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan