Selasa, 26 Jun 2012

LAWATAN KE GUA ASHABUL KAHFI

OLEH
http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/jalan2-jordan-part-5.html
http://suhaila-annur.blogspot.com/e-qua-ashabul kahfi.html

Assalamualaikum. 
Banyak manfaat dan pengetahuan dari pengalaman yang didapati daripada Blog Kak Nor dan Blog Suhaila Annur ni...(izinkan ye...) Oleh itu sebagai tanda keterujaan dan kesyukuran saya kerana memperoleh manfaat tersebut, maka saya petik kandungan daripada Blog mereka berdua untuk dijadikan "album" pengetahuan bagi saya abadikan dalam Blog personal saya ini, tiada niat untuk mendapat kepentingan apa-apa.  Semoga pengalaman sahabat-sahabat ini memberi manfaat yang berterusan kepada pembaca-pembaca blog semua. TERIMAKASIH.

LAVENDER!! ^__^



Pemandangan gua dr jauh
Boleh nampak binaan yg terdapat di atas gua tu kan.. tu lah tapak masjid yg telah dibina di zaman dahulu
Pintu masuk ke gua
Ukiran bintang lapan segi yg dikatakan bukti zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke 3 M
Di sebelah kiri pintu gua terdapat 3 keranda batu
Terdapat 4 keranda batu di sebelah kanan pintu gua, salah satunya terdapat lubang (spt yg nampak dlm gambar seorang lelaki sdg mengambil gambar melalui lubang tersebut)
Pemandangan  kawasan sekitar dr tapak runtuhan masjid di atas gua
Tapak masjid yg masih ada membuktikan wujudnya bangunan/masjid yg pernah didirikan spt yg terdapat dlm Surah Al Kahfi yg membuktikan situlah letak sebenar Gua Ashabul Kahfi
Lubang yg terdapat di atas gua, yg dikatakan memberikan udara dan cahaya kepada  pemuda2 yg tidur di dlm gua  dulu

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SUMBER DARI BLOG: http://suhaila-annur.blogspot.com

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.
(al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
  1. Maksalmina
  2. Tamlikha
  3. Martunus
  4. Bainunus atau Nainunus
  5. Sarbunus
  6. Dzunuanus
  7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

(al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.

Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja):"Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”.

(al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah;“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”.

(al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.

Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”.

(al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”.

(al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”.
(al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka:
"Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”.
 (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.
(al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”.
(at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.

Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”.
(al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”.

(al-Kahfi: 21)
Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi.

Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah. (Lihat Gambar 3)

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu. (Lihat Gambar 2)

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu. (Lihat Gambar 1)

5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.

7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. (Lihat Gambar 4)

Wallahualam.

Mengkaji di mana & bagaimana peristiwa ini berlaku penting namun apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Subhanallah.
Alhamdulillah sepanjang berada di bumi Urdun, banyak perkara yang penulis pelajari dan banyak ruang serta peluang yang Allah beri untuk melihat serta menghayati kebesaran Allah. Melihat sendiri sejarah2 terdahulu. Mengetahui kisah2 di sebaliknya. Pengalaman ini tidak mampu penulis beli dengan nilai wang ringgit. Terlalu berharga dan terlalu besar nilainya. Semoga semua ini menjadi ibrah, iktibar dan tauladan hidup.
Terima kasih tuhanku tercinta!

(Gambar 1)
Mini Muzium dalam gua
(Gambar 2)
Lihat, di kanan gambar ada bintang segi lapan yang membuktikan
tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi
Kawasan luar gua
Cave Of The Seven Sleepers yg diceritakan dalam Qur'an
Pintu masuk ke Gua Ashabul Kahfi
(Gambar 3)
Pandangan masjid Kahf Ahlil Kahf dari bawah
Ayat Qur'an yg tertera di bangunan Masjid berkaitan
kisah Ashabul Kahfi dalam Qur'an..
Pintu masuk ke kawasan Gua Ashabul Kahfi

Perasmian masjid
Ruang legar Masjid Kahf Ahlil Kahf
Pintu gerbang masuk ke Masjid.
Pemandangan luas kota, cantik!

(Gambar 4)
Penemuan tulang di dalam Nawawis.
p/s: Seronok semalam dapat join bowling game setelah perancangan ke Ashabul Kahfi awalnya ditunda, mengeratkan ukhuwah. Macam2 karenah & role orang Arab dapat kenal pasti. Negara arab pun ada bowling tau! ^^

Sumber: PAUHatsu, Penghuni Sahara & Artikel Berita Harian.

Khamis, 14 Jun 2012







Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?

menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Sumber: I Love Islam Facebook/Web Blog

Sabtu, 26 Mei 2012

MENAMAKAN ANAK: PANDUAN DAN HUKUMNYA

 http://pondokhabib.wordpress.com

(gambar hiasan)


MENAMAKAN ANAK: PANDUAN DAN HUKUMNYA 
(BILANGAN 253 BAHAGIAN PERTAMA)

 بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain. Bahkan dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan. Nama juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama. Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Sejak anak damit masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.

Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.

Waktu Yang Paling Afdhal Menamakan Anak Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Adzkar, sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan harus menamakan anak sebelum atau selepas hari ketujuh. Imam al-Bukhari Rahimahullah pula mengkhususkan waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran adalah bagi ibubapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka.

Perkara ini berlaku kepada Ibrahim Radhiallahu ‘anhu putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Abdullah bin az-Zubair Radhiallahu ‘anhuma dan beberapa anak para sahabat yang lainnya. Sementara bagi ibubapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama hingga ke hari yang ke tujuh. Pendapat ini disokong oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-Bari. Begitu juga sunat diberikan nama kepada anak damit yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.

*Sunat juga diberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk keduanya seperti Hindun ” هند ” dan Thalhah .”طلحة”

Memilih Nama Yang Baik


Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إِنَّ ُ كمْ تُدْعَوْ َ ن يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بَِأسْمَائِ ُ كمْ وََأسْمَاءِ آبَائِ ُ كمْ ، َفحَسِّنُوْا َأسْمَاءَ ُ كمْ.
(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Nama Yang Paling Disukai Oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala
Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah ” عبد الله ” dan ‘Abdurrahman ” “عبد الرحمن sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
َأحَبُّ الأَسْمَاءِ إَِلى اللهِ تَعَاَلى عَبْدُ اللهِِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ.
(رواه أبو داود)

Maksudnya:
“Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd ” عبد ” (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim ” عبدالرحيم “, ‘Abdulmalik ” ,”عبدالملك‘Abdussalam ” عبدالسلام ” dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ianya menggabungkan sifat-sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan). Manakala nama Muhammad ” محمد ” dan kemudian nama Ahmad ” أحمد ” pula adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama tersebut. (Fatwa: 24/1984)

Menggunakan Nama-Nama Para Nabi Dan Para Malaikat
Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa menurut mazhab as-Syafi‘e dan jumhur ulama, harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi dan begitu juga nama-nama para malaikat.  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan untuk menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda:
تَسَمَّوا بَِأسْمَاءِ الأَنْبِيَاءِ.
(رواه أبو داود)

Maksudnya:
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al- Mufrad bahawa Baginda menamakan seorang sahabat Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘alaihissalam.
Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَ ْ كتَنُوا بِ ُ كنْيَتِي.
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga(Fatwa: 66/91)
Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata:
“Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.
Perlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.  (Fatwa: 66/1991)

Sumber : Mufti Brunei

Khamis, 22 Mac 2012

RENUNGAN BERSAMA - SHARED FROM NORASLINA JUSIN facebook



Mendengar kata-katanya, lalu Hassan bertanya: "Apakah anda solat malam?""

"Tidak", lelaki itu menjawab.

"Begitulah...Hukuman terberat atas maksiat, mungkin bukan terputusnya rezeki, tapi terputusnya munajat", jelas sang Imam.

Sahabat, dalam kehidupan di dunia ini, antara tanda diterimanya amal adalah ia membawa pelakunya kepada ketaatan yang lebih besar; bukan menghasilkan kenikmatan lebih besar. Keberkatan rezeki tidak bermakna tiadanya sebarang ujian, cubaan dan persoalan hidup. Bahkan, keberkahan itu menguatkan taat dan lebih menjadikan si hamba akrab padaNya dengan pelbagai cara, termasuk masalah yang melanda.

Bantu kami yang lemah ini Ya ALLAH....

Ahad, 25 Disember 2011

Sedih, 26 Disember 2011

Al Faatihah buat Mynn (LG) kerana ayahnda tercinta beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Desember yang lalu. Aku baru membaca berita ini (yang ditulis oleh Mynns husband) setelah beberapa hari cuti hujung minggu ditambah dengan cuti Am. Walaupun keluarga mereka tiada hubungan darah antara kami tetapi terasa dekat sekali... kerana blognya adalah blog 'wajib' bagiku untuk ku tatap saban hari bekerja...Inilah berita yang ku dapat pagi ini...


Sad Day

Dear all, sadly Mynn’s father passed away a short time ago. Though the surgery appeared to be successful unfortunately he did not recover. Please keep him and the family in your thoughts and prayers. We will all remember him with great fondness. He was a quiet, thoughtful and deeply religious man who loved his family dearly. He will be greatly missed.
IMG_2965
May Allah have a place for him in Jannah. Al Fatihah.
Matt

Isnin, 4 April 2011

Sami Yusuf & Maher Zain

Sami Yusuf

Sami Yusuf adalah seorang komposer Inggeris, penyanyi dan musisi yang handal. Beliau dilahirkan pada bulan Julai 1980 dalam sebuah keluarga muzik asal Azerbaijan, belajar bermain beberapa alat muzik pada usia yang sangat muda dan menunjukkan minat dalam menyanyi dan menulis. Ia belajar muzik di beberapa institusi dan dengan komposer dan musisi terkenal termasuk komposer dari Royal Academy of Music di London, salah satu dunia yang paling lembaga muzik berprestij. Selain pendidikan di harmonisa Barat dan komposisi, Sami memiliki pemahaman yang kuat tentang mode Timur Tengah (atau Maqams) dan benar-benar mengenal dan akrab dengan kedua-dua tradisi muzik Timur dan Barat. Sejak tahun 2003, Sami Yusuf telah melancarkan album pertamanya iaitu 'al-Mu'allim' dan album keduanya 'My Ummah' serta telah terjual lebih daripada lima juta di seluruh dunia (dengan album ketiga hampir selesai). Videonya di You Tube telah dimainkan lebih dari 10 juta kali dan website-nya telah dicapai oleh berjuta-juta penyokong.Konsertnya telah menarik penonton yang besar di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat, termasuk kehadiran 250,000 mengejutkan di Istanbul. Sami telah ditunjukkan oleh Time Magazine dan telah muncul di sampul lusinan penerbitan mainstream lain di seluruh dunia. Sami Yusuf sering menggunakan seni dan muzik sebagai cara menyampaikan mesej-mesej cinta , damai belas kasihan, dan toleransi, sementara mendorong para pemuda untuk menjadi bangga identiti mereka.


MOTHER / ya ummi

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me
Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you


You Came To Me


You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want ... Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want ... Is to be with you

Allahumma solli ala sayyidina
Mustoffa ala habibika

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything... just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want ... Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever ..Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever.. Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want ... is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want ... is to be with you

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you


************************************************

Maher Zain 

Maher’s first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the beautiful Mediterranean city of Tripoli - Lebanon.

Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher’s world.

The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same - his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. It didn’t take him long to realize that music became an integral part of who he is.

After being involved for a while in the music scene in Sweden as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a gifted music producer who was fast rising in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne with Swedish artists, and later moved with him to New York. For a few years he was in the middle of the hot rush of the NY music industry, working with chart topping artists such as Kat Deluna on her debut album which included smash hits ‘Whine up’ and ‘Run the Show’.
Maher had what many would describe as a dream job for someone so young in such a glamorous business, but for Maher it felt like this was far from what he would call ‘the dream’, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”. RedOne was on the verge of breaking into the big time, going on to work with artists like Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block, and Michael Jackson to mention just a few, and becoming one of the most sought-after music producers in the world. Maher however was restless and eventually decided that the music industry and all that surrounded wasn’t the right place for him and he returned to Sweden. It wasn’t until he met a group of brothers who were active in the Islamic community in Stockholm and he started regularly attending his local mosque that he felt like he’d reached ‘home’.

Maher feels blessed to able to finally find the right way, and feels like it’s his turn now to help others through his music to do the same: “If I had one thing I’d like to tell people out there it would be that it’s so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that’s what happened to me.”


Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009